Friday 3 October 2014

Selfie atau Syok Sendiri?


Siapa sini suka selfie? Kalau tak suka pun, mesti tau kan apa tu selfie.
Perkataan selfie ni berasal dari perkataan bahasa inggeris “Self Potrait Photography”. Ooo, baru tau. Saya pun baru Google ni.

Actually aktiviti selfie ni dah berzaman dah, cuma dulu takdenya perkataan selfie ni. Korang panggil apa ye. Saya panggil aktiviti ni aktiviti syok sendiri. Sebab selfie ni maksudnya kita ambil gambar sendiri, especially gambar wajah sendiri tanpa bantuan orang lain. Dari situlah munculnya gaya-gaya yang ala-ala comel dan istilah-istilah baru seperti duck face.

Selfie ni pun ada revolusinya. Dulu selfie guna handphone atau camera macam tu je, sekarang dah ada monopod. Coverage gambar tu lagi luas la kira.

Jangan ingat perempuan je suka selfie tau, lelaki pun sama.

Ada yang cakap, orang yang suka selfie ni perasan cantik atau handsome. Betul ke?
Korang jawablah sendiri:)

Saya mengaku saya pun suka selfie. Hahah. Cumanya monopod je belum lagi, tak tau kenapa rasa macam segan pulak nak bermonopod. Tengoklah nanti kalau dah ready.

So, pada saya ok je selfie ni. Tapi janganlah pulak dalam sehari tu, asyik keluar muka selfie korang je kat wall tu ye adik-adik, annoying nanti...

Bila nak selfie, ajak selfie ramai-ramai, baru tak segan sangat 
Me, my cheeky son and my mom. 3 generations :)

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

saya suka selfie!

. said...

idzwa.. kita geng!

Izza Jay said...

suka tangkap gambar orang lain, selfie sekali sekala je...

http://mrsjaysblog.blogspot.com/