Monday, 26 September 2011

Hijau itu indah dan menawan

fuhhh! penat. semalam, seharian aku dok kemas balik folder gambar kat dalam laptop nih. patutnya sekejap jer, tapi biasala kan, ada dua orang si kecik yang asyik menolong:) semalam cik abang kena kerja, so tinggal la kami 3 beranak kat rumah. ni la antara aktiviti kami selain aku kemas rumah, si kecik sepahkan rumah, aku kemas rumah balik, si kecik sepahkan balik. ok dah, aku dah tak larat nak kemas balik sebab aku tau takkan kemas punya selagi tak malam. cik abang pun pening balik rumah tengok rumah tunggang-langgang.

sebelum ni gambar2 dalam laptop aku semua berterabur, tak systematic langsung. nak belek balik gambar yang lama2 pun susah. sekarang ni senang sikit. aku dah arrange elok2 ikut system aku sendiri.

tengah berkemas tu, sempat gakla aku belek balik gambar lama2. gambar aku hampir semua mesti ada aku pakai colour pink or purple, kalau bukan baju, tudung. boring wehhh. tapi nak buat macam mana dah suka kan.

dalam banyak2 tu, tiba, terselit aku pakai baju warna hijau. baju kurung, langsung takde colour pink or purple, cantik kan colour hijau nih. minat pulak colour hijau. lepas ni kalau boleh nak beli blouse colour hijau pulak, takde lagi nih.

dengan kakak aku kat kenduri kawen sepupu aku, December 2010.
orang selalu cakap muka aku ngan sepupu aku ni sama

Irfan tengok mana tu. mama dah posing kontrol ayu dah ni

Warna hijau adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga.
Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

10 comments:

Cikrosecute said...

Tukar lain ker....kita pun suka jugak kaler hijau hihihi

Gieyana said...

dulu kecik2 tiap2 kali raya sure bj kaler hijau..skrg mcm kurang ada kaler hijau..

p/s: psl Library tue kan..kt Pelabuhan yg owg nek feri nk ke Langkawi/International cruise & ada Star cruise yg besar tue gak..kiranya bdekatan dgn Pdg Kota lama lah..kalau dr Pdg Kota nk menuju ke Feri keseberang, Port nie kt sebelah kiri..after roundabout kecik pdg kota menuju Feri tue...Hope jumpa k..:)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

suke juga warna ijau..tema kawin ktorg dulu pun ijau juga..
Nice kaler.. ^_^

Mama Gee said...

hijau itu sejuk dan mendamaikan :)

LYAfrina said...

hijau menenangkan..mhilangkan stress.. warna febret lya hijau+biru..semuanya wrna alam.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sekali sekala tukar warna apa salahnyer...ai suka try warna mcm2 ngeee

Hana Soffelia said...

Hana pun bukanlah penggemar warna hijau tambah2 dgn kulit sawa matang ni macam tak masuk je nk dipadan dengan warna hijau. But since my mum belikan kain warna hijau utk raya thn lepas,eh, rasa macam bez la pkai warna hijau. ada aura lain menyerap dlm diri. hehe now, dh suka wrna hijau. Hijau itu evergreen. ^_^

Kakzakie Purvit said...

Kubah masjid Nabawi yg hijau itulah makan rasulullah....

Hijau baik utk mata...

NIJ said...

ohhh purple idamanku juge..
btw baju ijau tu pon lawa.
org cerah pakai kaler ape pon cantik :D

Cik Suheela said...

hijau warna kesukaan rasullullah..walaupun sy tak byk bj hijau tp kdg2 pakai jugak hihi