Tuesday, 15 November 2011

Kena ada akaun Pos Laju ke kalau nak dapat plastic bag tu, bukan free ke?

selalunya bila aku pos barang kat customer, aku akan letak dalam beg kecik or plastic bag kecik, then terus letak dalam plastic bag yang Pos Laju provide tu. itu kalau VCO Softgel la, kalau F'iena Beauty, lagi confident bila letak dalam kotak. office Pos Laju dekat jer ngan rumah aku kat Penang nih, and kat situ, diorang memang akan bagi plastic beg Pos Laju tu everytime aku nak pos barang.

mula2 dulu, aku ada tanya gak, kena beli ke apa ke, sebab aku ingat nak angkut banyak2 bawak balik rumah supaya senang aku nak pack siap2. tapi, diorang cakap, diorang akan bagi plastic tu bila datang nak pos barang kat situ. tak payah beli, free jer.

weekend lepas, since aku balik Alor Setar, so aku pun pos la barang kat post office situ. selamber jer la aku letak barang2 dalam plastic beg kecik, then hulur kat kakak yang jaga kaunter post office tu...

kakak : ehh, awat tak bungkus dalam kotak?

aku : takpe kak. yang ni boleh letak jer dalam plastic bag tu

kakak : mana boleh dik. kena bungkus. plastic bag tu untuk orang yang ada account ja

aku : account apa ni kak. kat Penang selalu saya dapat jer plastic bag tu

kakak : duduk mana ni. Alor Setar ke Penang?

aku : saya duduk Penang. ni saya balik Alor Setar, so saya pos la kat sini

kakak : tak boleh dik. kena bungkus dalam kotak macam tu (sambil dok tunjuk susunan kotak kat belakang dia)

aku : habis tu macam mana ni. saya tak boleh pos ka ni. kena balik bungkus dulu ker?

kakak : takpela. kali ni kami tolong

aku : ok. terima kasih

sebenarnya aku macam hangin sikit time tu. dahla shawl kesayangan aku tertarik benang sebab terkena meja kat Post Office tu, pastu tak dapat plastic bag pulak. seb baik last2 akak tu bagi. agaknya sebab dia tengok muka aku emo semacam kut. sorry akak:)

setakat ni, Alhamdulillah, semua order selamat sampai ke tangan customer tanpa ada sebarang kerosakan. tu yang paling penting:)

ni la plastic bag tu. yang borang tu, dah sedozen aku angkut balik rumah. boleh isi siap2, senang

ni la shawl kesayanganku yang tertarik benang itu.
walaupun sepuluh ringgit jer, tapi shawl ni best. cantik,selesa dan senang dipakai. terletak jer kat muka

Note : Stok baru Catalyst VCO Softgel and F'iena Beauty dah sampai. sape nak order, sila contact cik jatt ok:)

13 comments:

Unknown said...

blh plk lain pejabat pos lain cara dia..huhu

Hana Soffelia said...

lor.. xtau plak kena ada acc.post laju. First time dgr cite realiti mcm ni.. hehe

Unknown said...

ni 1st time umi dgr pasal nak kena ada akaun tu huhuhuhu....mcm-mcm hal la skrg ni...sib baik time tu dia trima kan...alahai cian plak shawl tu leh jadi cam tu...mmg ralat kan bila shawl yg selesa kiter pakai jadi cam tu, tak kira la murag ke mahal ke huhuhu

EnciK AxixOu said...

kalau selalu main pos barang baik wat acc siap2..mudah n senang keje nt..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

uiks gituew la plak ek
bukan sama ker semua sistem kat post office ni???

Anonymous said...

post office kat sini tak provide plastik, kalau nak kena pergi centre dia, tapi dorang tak kisah klu kita guna plastik nationwide untuk wrap barang

Kakzakie Purvit said...

Kakak tak pernah guna post laju sebab company ada a/c dgn courier service lain.. dia kan collect tempat kita senang...

Myra Jay said...

Macam tu pulak ek diorang ni..

Lain tempat lain caranya kot, but at least akak tu tolong ok gak kan..

Salina@IbuAqil said...

rasanya free kan?

Mama Gee said...

selama ni ingat kena beli sampul pelastik tu....

Mommy Lubna said...

kat penang,poslaju mna nak dapt plastic bag n consignment free mcm awak tu ye?

Pakaian Rare said...

nak request link exchanged blh?
huhu.

Unknown said...

HELLo mcm mana dpt borang dan beg tu?tanya saja?kena bayar tak?