Saturday, 30 July 2011

Salam Ramadhan kepada semua!

cik jatt dan keluarga nak ambik kesempatan ni nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua rakan2, semoga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua, InsyaAllah.

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)


Note : tengah kat kampung sekarang. siap amik cuti lagi Isnin ni, nak sambut puasa kat kampung:)

Friday, 29 July 2011

Make up Review : Makeup? YES or NO....

YES, aku suka tengok orang pakai makeup (janji jangan tebal sangatla)
YES, aku suka tengok orang yang pandai bab makeup makeup nih
YES, aku suka usha barang-barang makeup kat kedai
YES, aku suka baca review pasal make-up
YES, aku suka tengok tutorial cara-cara makeup

NO, aku tak pandai make-up
NO, aku tak banyak pun alat-alat untuk make-up
NO, aku tak selalu pakai mekap. jaaaaaraaang giler aku pakai. (sekali jer la aku pakai make-up yang betul-betul complete, which is time aku kawen)
NO, aku tak suka make-up tebal2 sebab kulit aku ni sensitip aka mengada-ngada
NO, aku tak perabih duit gaji aku untuk beli make-up. hehehe

sekarang ni, yang ada jadi perhiasan kat atas meja solek aku tu:
2 Lipsticks & 1 Lip Gloss (nanti entry lain aku citer pasal ni, nak kasik review sikit)
1 Eyeliner
1 Blusher + brush
itu saja.... lain2 tarak
eyeshadow, memang sejak azali aku tak beli, sebab aku tau memang aku tak akan pakai.
benda2 kat atas ni pun, aku pakai ada kut 2 or 3 times sebulan... so bayangkanla bape tahun boleh tahan:)

ada 2 benda jer yang hari2 aku pakai dan yang ni je la aku selalu repeat purchase. aku rasa 2 benda ni je yang sesuai tepek kat muka aku nih, kalau tepek lain yang extra, muka aku jadi pelik semacam. hehehe........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Lip Ice Sheer Colour and PIXY Compact Powder. sayang giler aku kat 2 benda ni....... (sorry, gambar agak blur)

korang pun mesti ada barang makeup yang jadik kesayangan korang kan. share la kat sini:)

Thursday, 28 July 2011

Sepetang di Taman Tasik Darulaman

dah banyak kali aku lalu tasik ni, tapi tak pernah singgah pun. usya dari jauh jer. ada sekali tu, tak ingat la pulak bila, rasanya macam bulan lepas kut, aku balik rumah mak aku kat alor setar. petang2 tengah rilek2 boring tak buat apa, mak aku ajak g taman tasik ni, bawa si kecik dua orang tu jalan-jalan. aku ON jer. memang dah lama teringin pun:)

taman tasik ni dekat susur keluar Bandar Darulaman, Jitra. besar tempat nih. macam2 aktiviti boleh buat kat sini. boleh jogging, boleh naik bot kayuh, boleh naik keta buggy, boleh kayak, boleh memancing, boleh main paintball.

on the way nak g. tapi qistina tgh ngantuk sbb seharian tak tido, asyik main

kitorang pilih naik bot kayuh. kalau tak silap aku, sorang kena bayar RM 5, tapi charge ni untuk dua orang yang kayuh tu jer. if ada kanak2 ikut naik sekali, FOC. then korang kayuhla ikut suka hati kelililing tasik sampai lenguh kaki. tak kisahla bape lama pun, janji patah balik.

aku naik ngan mak aku, bawa qistina. kakak aku naik ngan hubby dia, bawak irfan. yang ruginya, camera aku ada kat kakak aku time naik tu. so takdela, gambar aku time dok kayuh bot kat tasik tu.

ok. meh kita pakai life jacket dulu..

peace!!! posing dulu, macam biasa:)

mak tok riang gumbira nak g exercise kaki

awatla sempit noo tangga nak turun nih..

sempat posing lagi tu. hehehe..

ready, get set, GOOOO!!!!

Irfan main bubble ngan pak long dia dulu, tunggu mama pusing satu tasik

tak boleh jadi nih. boringnya tunggu mama and kakak. irfan pun nak naik gakla ngan paklong

best gak tempat nih. sesuaila untuk family nak rilek2. next time boleh jalan2 lagi kat sini..... 

Wednesday, 27 July 2011

Tuesday, 26 July 2011

Weekend yang packed, tapi.... : PART 2

lagi cerita pasal weekend lepas yang packed, tapi, tak banyak snap photo.
kali ni citer pasal hari ahad pulak, which is BIRTHDAY aku.

macam entry aku yang lepas, actually aku tak celebrate apa2 pun. just makan2. kitorang kuar g Jusco (Jusco lagik, tu je la yang paling dekat and convenient nak shopping nyopping), shopping baju and kasut raya anak2. giler sale! best best. then makan2 pun kat stu gak. aku ingat nak angkatla kasut ngan handbag satu, tapi rasa macam nak terdaya pulak nak jalan lagi. pilih baju raya anak2 pun ngalahkan pilih baju pengantin, itu tak kena, ini tak kena, colour tak sesuaila, cutting tak cantikla...macam2. mama diorang jer yang over lebih2.
satu jela gambo yang aku snap hari tu, gambo atas keta, on the way nak g Jusco. pastu, punya penat shopping, sampai dah takde mood lagi nak bergambo...

ni la satu-satunya gambo yang ada di hari lahir aku yang ke 30....

Weekend yang packed, tapi.... : PART 1

first of all, thanks for all the birthday wishes. really appreciate it. love u all. mmuaahss mmhuuaass:)

macam mana weekend korang? aku agak packed juga, tapi kelam kabut punya pasal, tak banyak photo yang aku snap. rasa rugi pulak.

kita cite hari sabtu dulula. hari sabtu lepas, keluarga sebelah mertua aku gather ramai2 kat kampung. adik ipar aku ngan wife dia buat steamboat. wife adik ipar aku nih orang Bangkok, so dia pun masak ala2 macam siam gitu. not bad la. si Irfan bukan main berselera lagi aku tengok. si kakak lansung tak interested. si mama ngan si ayah, ON jer. disebabkan terlebih ONla, satu gambar pun tak snap.

sekali tetiba mak aku pulak call. dia ngan kakak aku n abang ipar aku ada kat sungai petani. so alang2 tu, diorang nak singgahla rumah aku kat Penang. diorang sampai pun dah petang. sampai-sampai jer kakak aku ajak g Jusco. aku pun ikutla sekali, bawak si kecik 2 orang tu

si kecik riang-ria asyik memanjat sana-sini kat dalam kedai kasut

mama pun nak enter frame. harusssss... mak tok asyik membeli kasut, mama pulak, huhuhuhu..nak jugak

Irfan dalam usaha memanjat

bz menyusun kasut kat dalam Jusco lak

kira sepetang tu, kitorang kuar masuk kedai kasut jer. end up, mak aku dapat sepasang kasut. aku, tak sempat nak usya pun. huhuhu. nanti continue part 2 pulak

Monday, 25 July 2011

Joined the three series club..

entry ni sepatutnya entry semalam. tapi disebabkan bz ngan anak2, so sekarang baru berkesempatan nak tulis dalam blog. sebab apa aku cakap semalam, sebab semalam adalah birthday aku. hehehe...

tak celebrate pun, just makan2 biasa jer. gambar pun tarak. so, takde apa nak citer sangat pun.

tengok tajuk pun, mesti korang dah dapat guess kan umur aku berapa. bukannya 13 tahun, 23 tahun pun bukan, 3 tahun lagila sah2 bukan. yup. this year, aku terpaksa terima hakikat yang umur aku dah


dah tua kan aku. huhuhu...

Sunday, 24 July 2011

Aku dah join Nuffnang!


finally, aku dah berjaya letak iklan Nuffnang kat blog aku nih:) sebelum ni aku rasa macam segan nak letak, maklumla kan, tengah dok merangkak lagi.

tapi, aku g mana2 blog pun, mesti semua ada iklan Nuffnang. satu benda yang aku notice, bila ada iklan Nuffnang ni, blog nampak fun, colourful and interesting.  i LIKE!! part2 yang dapat duit tu, jangan cakapla, semua LIKE!! hehehe. tapi aku tak maula jadikan part duit tu priority pulak, nanti dah tak fun pulak nak blogging.

tak sangka lak aku senang jer nak letak iklan nih. Website diorang pun cool and friendly user, kat situ dah provide step by step, follow jer. kalau nak lagi detail, Google jer, berlambak tutorial kuar.

so sekarang ni, blog aku pun dah nampak makin 'bernyawa' dan berseri-seri setelah di touch-up dengan encey Nuffnang ni. kawan-kawan, apa lagi, KLIK lerr...tenkiu in advance:)

Friday, 22 July 2011

Tengah risau di opis...

hmmm... aku tengah risau giler nih. semalam balik je dari nursery, atas keta, hidung Irfan kuar darah. takla banyak sangat, tapi kuar meleleh camtu. tekejut gak aku, tak pernah pulak jadi macam ni. check2 semua ok. aktif pun macam biasa. tanya cikgu kat nursery, takde pulak dia jatuh kat mana-mana.

cik abang kata takde apa2 kut. maybe sebab panas, sebab dia pun pernah jadi macam tu. so aku macam lega sikitla. try gak surf kat internet, tapi rata2 orang cakap benda no normal, melainkan kalau darah kuar tak henti.

semalam aku rasa badan Irfan macam panas sikit. demam sikit rasanya. tapi pagi tadi time hantar nursery, ok jer. tapi aku still bawa ubat demam, kut tiba2 badan dia panas.

then kul 9 lebih pagi tadi, cikgu called. dia cakap hidung Irfan kuar darah. cikgu cakap takla banyak, tapi ada la kuar sikit. tapi badan tak panas. Irfan pun macam biasa jer, takdela meragam pun. ya Allah. risaunya aku. nak buat kerja pun tak tenang. sebab panas dalam badan ker. hmmm.

korang pernah tak ada experience, anak or sesapa yang jadi macam nih. if ada, please share eh...

Thursday, 21 July 2011

Teringat zaman bercinta...

tadi, masa aku tengah tgk2 gambar kat handphone cik abang, aku terjumpa gambar ni dalam henpon dia..


gambar ni amik kat KLIA, time nak balik rumah masing-masing, semester break. tapi tahun bila ntah tak hingat. terkenang zaman muda-muda bercintan dulu. sedih pun ada jugak.

sedih sebab, nila satu-satunya gambar sebelum kitorang kawen yang aku ada. yang lain semua dah takde. sebab gambar2 tu semua ada dalam computer lama aku, and ada gak yang dalam laptop lama cik abang. malangnya, laptop cik abang dah kena cilok orang, computer aku pulak, terus lingkup time masuk cargo nak hantar mesia dulu, lepas habis study. huhuhu...tula keburukannya digital camera nih, gambar semua simpan dalam kompite, tak cuci langsung. kompite lingkup, gambar pun lingkup.

gambar ni pun ada lagi sebab aku letak dalam facebook, and cik abang pulak donlod masuk dalam henpon dia. walaupun gambo ni agak blur, tapi aku ingat nak cuci la gambar nih....

Wednesday, 20 July 2011

Renew lesen ikut tarikh lahir...

kalau aku tanya sekarang, korang ingat tak bila nak kena renew driving license korang, confirm ramai yang teraba-raba handbag nak carik lesen korang, kan kan. aku rasa memang ramai pun tak ingat bila nak kena renew. alaaaa... date2 lain yang penting pun boleh lupa macam birthday awek/isteri, date mula2 declare as couple, date mula2 dating, date tunang, date korang kawen, inikan pulala tarikh nak renew lesen.
Pesanan penaja: To guys (if ada yang baca la), those dates yang disenaraikan kat atas penting okey, take note pleaseee...

pagi tadi aku terdengar kat HotFm time on the way nak g keja, JPJ ada buat proposal, pas ni tarikh tamat lesen akan ikut tarikh lahir. bijak gak idea nih. aku pun setujuuuu sesangat. senang nak ingat. kalau lupa jugak tau taula aku nak cakap apa.

if benda ni diorang implement, pas ni kurang la saman2 dari pak polis pasal lupa nak renew lesen. if kena gak, takkan la nak guna alasan 'saya lupala nak renew lesen tuan. tak perasan lesen dah mati'. baik cakap, 'ehhh, saya lupala bila birthday saya tuan'. hehehe

Wordless Wednesday #1

Tuesday, 19 July 2011

Don't judge the book by it's cover...

atau maksud tersiratnya, janganla kita menilai sesuatu tu dari luaran jer. tak kenal maka tak cinta, betul tak. contohnya, macam yang terjadi kat aku hari ni.

adala sorang colleouge aku nih, dulu dia kat plant lain. recently, tukar ke plant aku and kebetulan work station dia betul2 depan aku. dulu, time mula2 dia duduk situ, aku takdela borak ngan dia pun. setakat senyum-senyum kambing, hi hi bye bye macam tu jer. dia pun bukannya selalu ada kat tempat dia.

then, tiba2 aku kena wat satu project ni, and aku kena selalu deal ngan dia. kira kitorang kena wat sama2 la. so secara tak langsung, kitorang jadi cam kamceng pulak. pagi tadi kitorang borak2, dia cakapla kat aku

Her : u tau tak, i dulu macam takut sikit nak cakap dengan u, sebab u nampak jenis pendiam and bukan jenis cakap lepas

Aku : Ye ke. i nampak macam tu ke?

Her : Haah. nampak macam, hmm..camna nak cakap aaaa...

Aku : Nampak macam apa? Macam jenis yang ayu2, lemah lembut, sopan santun, kira wanita melayu terakhirla (walaupun mata sepet)...hehehe

Her : U cakap macam tu, i rasa nak muntah. nampak je la. Tapi, bila dah kenal, hahaha....

itula, biasala tu kan. tak kenal maka tak cinta. if dah kenal, memang boleh jadi satu kepala.
aku pun dulu cam takut sikit nak rapat ngan dia. sebab dia tu pangkat 'Manager', bukan setakat high level, tapi tengok pun jenis yang high class. best fren bos aku pulak tu. salah2 cakap, mampus aku. tapi bila dah kenal dia, tak sangka pula dia pun kepala gila-gila. kalau takde dia kat depan aku, sunyi pulak.

sure korang pun pernah ada experience macam ni kan....

Monday, 18 July 2011

Dah beli baju raya?

selamat hari Isnin korang! kalau Isnin jer mesti liat nak g keja. ehh, ke hari2 liat. hehehe..

amacam weekend korang? aku weekend lepas, hari Sabtu, lepak kat rumah jer. hari Ahad tu, kuar jap pi Kamdar. cik abang ajak g beli baju raya Qis and Irfan, ngan baju cik abang sekali. aku pulak, dah beli 3 baju kurung hari tu, tapi rasa macam nak beli lagi. hehehe

excited giler aku raya tahun nih.

first, sebab last year kitorang raya kat hospital. sehari sebelum raya Qis admitted:( syahdu sungguhla time tu. malam raya, lepas bukak posa, kitorang mintak kat dokter nak balik kampung, seb baik rumah mak aku dekat ngan hospital tu. esoknya datang balik hospital. huhuhu...macam tula rutin dari first day raya sampai raya ke-lima. siang kat hospital, malam kat kampung. dugaan dugaan.

second, aku excited sebab this year, first time Irfan akan pakai baju melayu. mesti hensem. hehehe

so, semalam, baju Irfan dah dapat. baju kakak ngan cik abang je belum lagi. tak jumpa yang bersesuaian dengan taste aku yang agak cerewet nih. tema colour dirahsiakan:)

punyala mencabar nak beli baju kat Irfan. nak bagi try tak nak, asyik lawan tarik baju ngan si ayah. suruh try songkok, sampai ke sudah tak nak buka. pastu berlari ke sana sini. semput aku mengejar. siap posing depan mirror lagi ngan songkok baru dia. **so funny**

aksi lawan tarik baju antara Irfan n ayah. guess who win:)

punyala seksa nak suruh Irfan try baju melayu nih

habis serabut anak mama, walaupun tak berjaya try baju

songkok ni jela yang dia nak, sampaikan tak nak buang pulak

Qistina n Irfan posing depan mirror pulak:)

mama pulak la posing. aktiviti wajib dalam kereta ni. hehehe 

Sunday, 17 July 2011

Penat layan KL Gangster, tapi BEST!!!

fuhhh..baru habih layan KL Gangster ngan cik abang n anak2. tgk DVD tuttt jer. penat tu bukan apa,  sebab filem nih memang penuh dengan action. lawan sana, lawan sini. sampai Qistina pun asyik cakap

'Mama mama, uncle tu suka gaduh-gaduh. no good. Tuhan marah kan. nanti polis tangkap, masuk jail'.

hehehe. mama iyekan jer:)

komen aku, citer ni BESTTTT!! sangat recommended.
ni antara filem yang aku rasa puas dan tak menyesal tengok sampai habis.
kadang-kadang bila tgk filem, mesti kita akan cakap macam ni bila habis
                          
'Laaa. Habis dah? Macam ni jer? Buang masa aku je tengok....'

tapi citer ni, bila habis, korang akan rasa macam

'I want more! I want more!'

citer ni ala-ala macam Young and Dangerous pulak. ohh, i love that movie!! tgk Aaron Aziz, teringat pulak watak Chan Ho Nam, yang Ekin Cheng berlakon tu dalam movie Young and Dangerous. cool gilerla mamat nih. tergoda mak. series. perasaan aku tengok watak Aaron Aziz dalam citer ni sama macam perasaan aku tgk watak Ekin Cheng dalam Young and Dangerous. tgk 'Seth Tan' pun tak tergoda macam nih. hehehe....

sangat minat mamat ini suatu ketika dulu ketika zaman sebelum jadi mak budak:)

Friday, 15 July 2011

I'm so honored! -Thanks to IbuAqil-

i'm not sure orang lain if this happenned to them, tapi aku rasa this is BIG, for me and of course for IbuAqil. first of all, congrats to IbuAqil sebab blog dia dah ada 500 followers. 500 hokeh. banyak tuuuu. nak compare ngan aku yang baru terkedek-kedek nih.

yang bestnya tu, tanpa disangka-sangka...........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku adalah follower yang ke 500 tu!


dan tanpa disangka-sangka jugak IbuAqil buat satu entry pasal nih. hik hik hik. FIRST TIME nih ada entry pasal blog aku. ohhh, aku sangat terharu, gumbira, malu2 kucing dan terasa glamer buat seketika. ni la entry tu.

so kadang2, benda2 yang kita buat tu even benda tu kecik jer, maybe it will give big impact to others and ourself jugak. either positive or negative impact. tapi this time, positive la:)

tiba2 aku terasa macam berkobar-kobar dan semangat berblog. thanks IbuAqil!

Thursday, 14 July 2011

Pasangan korang baca tak blog korang?

kepo punya soalan. hehehe.

blog lama aku dulu, cik abang aku ada gak la baca. tu pun, aku rasa mula2 aku introduce kut. lama2 aku rasa dia dah tak baca dah. hehehe.

ni yang blog baru aku nih, baru semalam aku officially introduced kat cik abang aku. aku hantar the link to his mail kat tempat keja. so, balik je keja terus aku tanya soalan yang agak kepo

aku : abang dah tengok blog sayang

cik abang : haah. dah tengok tadi

aku : camne. cantik tak, cantik tak?

cik abang : cantik. fancy la

aku : hehehe. (sengih sampai ke telinga)

satu soalan penting yang aku terlupa nak tanya, 'abang ada baca tak?'.

anyway, if u are happenned to read this, thank u so much for spending your time reading this. i really2 appreciate it:)

Tuesday, 12 July 2011

Anak2 zaman IT

anak2 zaman sekarang ni, sangat bertuah kan. kecik2 dah pandai main laptop, handphone yang touch screen tu, tangkap gambar, macam2 lagila. seingat akula, aku dulu, mula2 sentuh2 komputer pun lepas dah habis SPM. tu pun g cyber cafe. zaman tu, cyber cafe memang bisnes kencang la. full sentiasa. sekarang tak taula, sebab aku rasa zaman sekarang ni, dalam setiap rumah tu, mesti ada at least satu computer. kalau takde memang tak sah.

so memang anak2 sekarang ni dah didedahkan dengan laptop segala ni sejak diorang kecik lagi, oleh sape lagi kalau bukan mak ngan ayah diorang. tak terkecuali jugak anak2 aku. sampai aku pun kadang2 impress bila tengok, aku tunjuk sekali jer, terus dah boleh ingat, tau pulak tu nak tekan yang mana satu.

khusyuk betul Irfan main dengan his favourite lappy

sakit2 pun still with his lappy

dah besar, so level pun dah naik. boleh main yang touch screen pulak

kakak jangan cakapla, memang dah pro dah nih

kadang2 aku terpk gak, kalaula anak2 aku nanti sampai dah masuk sekolah pun asyik ngan computer jer, game la, internet la, camne ek. risaula pulak. ada akak kat opis aku nih, dia cakap anak dia pernah jadi out of control bila guna computer kat rumah. then, dia pun amik tindakan drastic, semua computer dia letak password yang dia jer tau. so, anak2 dia tak boleh berleluasa guna. yer la kan, nanti asyik ngan computer jer, bila masa nak study. aku pun setuju ngan cara akak tu. aku rasa dia berjaya la control anak2 dia sekarang. hmmmm... boleh dipraktikkan ni, in future la:)

Satu pagi di dusun

sebelum aku start citer pasal dusun nih, aku nak umumkan kat sini, masalah follower aku dah settle. yeyyy!!actually not 100 5 la, cuma aku dah dapat alternative lain. if aku bukak blog kat Internet Explorer, memang sama jer la. button follower tu still takder. tapi bila aku try guna Firefox, ada pulak. hairan bin ajaib gak. aku pun takde penjelasan saintifik pasal nih, tapi yang pasti, lepas ni, aku guna Firefox jer la.

okla. jom kita citer pasal dusun pulak. weekend hari tu, aku bawa anak2 gi dusun mak sedara aku kat kampung. actually ni la first time diorang g dusun aka hutan, so dua2 sangatla excited. actually aku pun excited gak sebab nak g amik durian sebakul. jom layan gambar....

kakak dan adik asyik menonton 'real chicken'. selalu kat rumah mama tengok gambo dalam buku jer

bye bye chicken! Irfan nak p dusun dah ni

posing dulu okek! 

kita posing lagik. biar mak long g kait buah. hehehe

'mak long dah kait dah tu. kakak and irfan go pick up'

'Irfan kumpul kat sini. banyak dah ni mak long! tengok, kakak pun dah penat nih'

Irfan rasalah. mesti sedap nih:)

hasil kerahan tenaga dua orang budak kecik:)

dan ini.......durian2 nilah yang telah membuncitkan perutku sepanjang weekend sampai ke hari ni

Monday, 11 July 2011

Tolong! Macam mana nak follow nih?

aku tak taula samada benda ni jadik kat aku sorang ker, ataupun blogger memang ada problem.

di saat-saat aku tgh giler blogwalking, tak tau apasal semua blog yang aku singgah, takde button untuk follower tu. camne nak follow eh kalau takder tu?

blog aku ni pun dah hilang follower kat side bar tu. kesian kat kawan2 yang nak follow aku. errkk. perasan. ade ker. hehehe

hmmm...ada sesape tau tak, camne nak settle problem ni. ada cara lain ker nak follow blog?

Sunday, 10 July 2011

Tip Kecantikan : Nak kuruskan muka

ok. nampak beza 2 gambar kat bawah ni?

Pic 1 : kelihatan muka bulat dan pipi adalah sangat tembam bam bam

Pic 2 : muncungkan mulut seperti mulut ikan. nampak muka sedikit bujur dan kurus kan

sekian tips untuk hari nih. hehehe...

Saturday, 9 July 2011

Buat duit online?

boleh ker? aku percaya memang boleh pun sebab dah banyak orang2 yang berjaya buat duit tru online nih, yang mana kalau aku listkan kat sini, memang panjang berjela. tapi bukan senang, semua tu perlukan usaha yang berterusan dan keazaman. yerla, mana ada orang duduk rilek2 pehtu duit jatuh atas riba.

macam kes yang baru jadik kat sorang kawan yang aku kenal nih. gara2 terpengaruh dengan ajakan kawan dia, buat duit tru online, dia hilang RM 250 dalam sekelip mata. memangla amount tu takla banyak sangat, tapi imagine tu baru dia sorang, belum tambah orang lain lagi yang terkena. taktaula berapa banyak website tu dah makan duit orang.

aku pun tak tau sangat in detail citer dia camner. tapi, kawan aku nih cakap, benda ni lebih kurang macam skim cepat kaya la. kita boleh belila baper lot kiter nak, then duit kita tu akan bertambah from day to day. yang kawan aku nih, percaya pun sebab kawan dia dah masuk dulu and dah dapat untung. so dia pun tryla beli lot sikit dulu. sekali, bila dia masuk, tunggu punya tunggu, website tu pun dah lesap. kesian dier. seb baik dia beli sikit jer

so, in conclusion, benda2 dapat duit dengan mudah nih, memang takleh cayer. mana ader, kalau betul ader, dah ramaila orang jadik kaya, tak payah susah2 kerja.....

Tuesday, 5 July 2011

Tip Kecantikan : Nak cantik dengan budget ciput?

ok. aku ada petua nak melicinkan and mencerahkan kulit dengan budget yang sangat minimum. tapi korang kena rajin sikit la nak guna cara ni, kena curik masa sikit. petua ni selalu gak aku amalkan time aku study dulu. dan hasilnya, sangatla memberangsangkan. tapi tu la, aku buat bila aku rajin jer la. so, kalau kulit aku nampak cam cun sikit tu (perasan giler), maknanya aku tgh rajin. tapi kalau dah naik macam2 tuh, paham2 jer la. hehehe...

ok, disebabkan aku nih tak kedekut ilmu, meh aku nak share kat sini. inilah rahsianya....



cute kan:) hahhhh, makan pon sodap nih. tapi aku tak suka sangat makan tomato nih walaupun aku tau banyak khasiat buah nih. aku guna ni untuk tepek kat muka. ambik tomato (aku biasa guna sebiji terus, giler tak sabar nak kulit cantik) campur sikit ngan susu tepung, lenyek2 tomato tu sambil mix ngan susu, peh tu tepek satu muka, then tunggu sampai kering. dah tu, bolehla basuh. lepas basuh tu, terus tgk cermin. confirm dah boleh notice the difference. lagi la kalau buat selalu. parut2 jerawat pun boleh fade. series, tak tipu. pengalaman sendiri nih.

tapi, sejak dah kawen nih, tak berkesempatan pulak aku nak buat benda tempek menempek nih. agak malas pulak rasanya. padahal bukannya susah pun. ingat weekend nih aku nak buatla aktiviti nih.

Monday, 4 July 2011

Jom pi Penang Hill!

ntah apasal tiba2 aku rasa teringin nak g Penang Hill. so far, aku pernah g 2 kali jer. semenjak cable train tu dah upgraded, memang aku tak pernah lagi menjejakkan kaki kat situ.
first time gi, masa tgh pregnant Qistina year 2007. time tu g berdua ngan cik abang jer. sampai kat situ dalam kul 8 lebih. tapi punyala sesak, nak dapat parking pun susah. ramai betul orang. sampaikan aku kena berdiri dalam train. tapi tu la, orang mesia nih, nampak perut aku yang memboyot tu pun bukannya nak offer aku seat. actually aku tak kisah pun sebab aku tak rasa penat pun berdiri, cuma sedih jer la tgk sikap macam ni.

time tu tak silap aku tiket untuk adult RM 4 jer, sekarang nih dengan train baru adult dah RM 8. tapi yer la, time tu train naik pun merangkak macam siput, dengan bunyi 'krek krok krek krok' lagi, kabel la katakan:) rasa macam lama gak nak sampai, siap kena tukar train lagi halfway. tapi train yang baru nih 5 minit jer aku dengar, terus straight sampai atas.

sampai kat atas tu, rasa nyaman jer. boleh rilex2, jalan2, makan2. sesekali nak release tension, ambik udara segar, hahh, memang sesuaila kat atas tu. view sangat cantik.

second time aku gi ngan colleagues, sebab ada team building kat situ. last April tak silap aku. time tu cable train dah tutup sebab diorang tgh uprade. so kitorang naik kat atas tu naik jip. mula2 tu rasa seram gak, sebab musim hujan time tu. tapi Alhamdulillah la, semua ok. sangat enjoy ok! sebab aku duduk kat belakang. nak adventure la kunun. sampai jer kat atas, terus hujan. so kitorang buat jungle tracking pun dalam hujan. tapi tetap best! tempat cantik, makan pun best.

see. sangat adventure ok:) time nih dah start drizzling

perghh..rasa pening pun ada jugak. dah rasa macam naik roller coaster
wokeh! masing2 dah ready nak meredah hutan belantara

kita isi perut dulu yer kawan2. ohhh, aku nampak sangat pulun. tak breakfast punya pasal
sangat cantik dan mendamaikan yang membuatkan aku rasa nak pergi lagi dan lagi dan lagi!

with my friend, Vani. i love this pic! and the tudung as well. mana nak carik tudung syria macam ni lagi eh. merata aku carik, dah takde jual

view from top. u can even view the Penang Bridge from here

so korang, apa lagi, jom kita g try naik train yang baru tuh. tapi, aku dengar since bukak May hari tu, dah 3 kali rosak. biasala tu, comuter pun ada time dia rosak. nasib la kan. hehehe. tapi ok dah kut. dah 3 kali tu, diorang pun agaknya dah tau kut camne nak tackle. harap2 pas nih, tak dengar rosak lagi