Friday, 22 July 2011

Tengah risau di opis...

hmmm... aku tengah risau giler nih. semalam balik je dari nursery, atas keta, hidung Irfan kuar darah. takla banyak sangat, tapi kuar meleleh camtu. tekejut gak aku, tak pernah pulak jadi macam ni. check2 semua ok. aktif pun macam biasa. tanya cikgu kat nursery, takde pulak dia jatuh kat mana-mana.

cik abang kata takde apa2 kut. maybe sebab panas, sebab dia pun pernah jadi macam tu. so aku macam lega sikitla. try gak surf kat internet, tapi rata2 orang cakap benda no normal, melainkan kalau darah kuar tak henti.

semalam aku rasa badan Irfan macam panas sikit. demam sikit rasanya. tapi pagi tadi time hantar nursery, ok jer. tapi aku still bawa ubat demam, kut tiba2 badan dia panas.

then kul 9 lebih pagi tadi, cikgu called. dia cakap hidung Irfan kuar darah. cikgu cakap takla banyak, tapi ada la kuar sikit. tapi badan tak panas. Irfan pun macam biasa jer, takdela meragam pun. ya Allah. risaunya aku. nak buat kerja pun tak tenang. sebab panas dalam badan ker. hmmm.

korang pernah tak ada experience, anak or sesapa yang jadi macam nih. if ada, please share eh...

11 comments:

Unknown said...

Pernah.

Anak2 akka tiga-tiga macam tu bila terlalu aktif. Keluar darah kot hidung.

Dulu masa kali pertam berlaku kat anak sulung takut juga. Bawa pergi jumpa doc semua, tp doc kata normal untuk budak2 yang telalu aktif.

So skrg, mmg bersihkan je kalau keluar darah tu. Memang perasan, bila mereka kurang tidur, dan over aktif, ada darah keluar..huhu

Anak no 4 ni lom pernah berlaku lagi. Mungkin sebb baru nak setahun kot..hehe

Asha Nini said...

anak saya dedua x pernah lg darah kuar ikut hidung...tp kalau anak awk banyak kuar darah x henti-henti better gi bwk check kat klinik or hospital ya

Fiza Rahman said...

Anak saya pon pernah kena. Mungkin sbb cuaca panas lately.

CIK JATT said...

kak yus
lega sikit hati saya bila baca komen akak. aktif sangat pun boleh jadi eh. si kecik ni memang tersangat aktif. thanks akak!

CIK JATT said...

asha
setakat ni, takde lagi kuar. kena monitor tgk camne. hopefully dah ok. thanks!

CIK JATT said...

fiza
ye ker. tu la, my hubby pun cakap sebab panas kut. hopefully takde apa2. thanks!

sekadar satu coretan said...

mintak2 tak de ape2 ye...
tq dear follow kak ain..salam kenal..

CIK JATT said...

ainnoraini
thanks to u too:)

Arizakiah said...

Salam kenal....jalan-jalan n follow jatt..


hidung berdarah??? biasa berlaku kAlau cuaca panas atau anak main di tengahari panas. jangan bimbang...

tim_fs said...

hidong bdarah..normal kot..cuaca skang tgh panas kan..tp keep on watching ank tu..

neway salam knal..dah folo sni...jom singgah..

CIK JATT said...

arizakiah
itula.orang cakap sebab panas. first time jadi kat anak. tu yang menggelebah sikit.
thanks k!

mama tims
Alhamdulillah, hidung dia dah tak berdarah lagi.
thanks! follow u back