Thursday 13 October 2011

Bermanja dan bergurau-senda sampai keluar cakar harimau

sekarang ni Irfan bukan saja suka buat aksi terjun sana terjun sini macam Ultraman, suka pulak la dia cakar dan cubit orang, terutamanya kakak dia. hari tu suka gigit kakak dia, sampai berbekas pipi kakak dia kena gigit. sekarang cakar dan cubit pulak. si mama ni pun dah menjadi mangsa.

kalau cakar tu bukannya kat tangan ke, kaki ke, badan ke, tapi kat muka. adehhhh. habis bercalar muka mama.ada sekali jer la tinggal kesan, time lain-lain, mama dah pandai mengelak dah. kalau kena pun, takla ada kesan sangat. actually Irfan cakar kadang2 tu bukan sebab dia marah, tapi sebab dia nak main, dah macam tu cara dia main kan. macam ni la budak lelaki, memang kasar sikit cara diorang main:)

tapi aku akan cakap kat Irfan, sakit sambil buat aksi menangis, kesian kat mama. kalau kakak kena, kesian kat kakak. dengan harapan dia tak buat lagi. Irfan pun nampak macam boleh faham. aku rasa budak2 ni kita kena cakap selalu, lama2 insyaAllah dia boleh faham. tapi kalau dengan ayah, alamat kena sound la Irfan:)

Irfan dengan aksi Ultraman nya. kakak tengok dari jauh yer:)

gambar time raya lepas
nampak tak ada kesan kat pipi betul2 sebelah hidung aku tu, tu la kesan selepas kena cakaran manja dari Irfan:)

Note : time raya tu keluar 2, 3 ketul jerawat kat dahi aku sebab datang period. disebabkan tulah aku terus nekad tak akan miss makan VCO Softgel

14 comments:

amiey lee said...

hahahah samala ngan sarah mencubittt aja kejenya...
kalau si ashraf plak gigit org

Kakzakie Purvit said...

Budak lelaki memang lebih ligatnya berbanding anak perempuan kan...

Anisa Hang Tuah said...

sweet gambar yg last tu

:)

Hudalatip said...

takper..kenalah sabar eh..biasalah budak laki..kalau kita kena cakar pun mau jerit..hehe

LiLy @ MaMaQiStInA said...

hehe..comel jer buat aksi ultraman..
Budak makin membesar..mcm tu lah erk..Qis plak skrg ni suka mencubit..yg mangsanye..mummy dialah..sabar je lah.. ^_^

Salina@IbuAqil said...

hihi!! sweet je itu budak.. mak budak tu pun sweet jgk.. :D

Mama Gee said...

asalkan jgn ada parut kekal sudaa laaaa

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

hahaha ai dulu masa si adam kecil selalu kena cakar ngan dia ngeeee
auwwwww same la biler nak mai period yang kuar bulu jerawat sbg tanda ngeeee

LYAfrina said...

hehehe...cam lya selalu kna cubit dgn asya..sakit lak tu...

cakar rimau..tringat kat sepah

Cikrosecute said...

Haziq selalu jugak menyakat kakaknya....kesian tengok kakak...asyik mengalah gan adik....

Unknown said...

anak laki mmg cam tu kan...sedikit ganas hehehe...

Myalycia said...

cakaran manja irfan takpe.. kalau cakaran manja habby bahaye hehe.. gurauan di ptg hari ;)

Aleyn said...

Hehe..nama pun budak...dia pun pandai geram kat orang gak..ekek

Runescape Gold said...

Banking is amongst the actions that should be done to keep your hides as well as bones Buy Runescape Gold, just about all requires a lengthy period considering that even though the gap will be simple compared to the other hunting spots, Cheap Runescape Gold it is even so an extended distance aside. Choosing a recharged amulet regarding wonder is key in order to speeding aspects way up which is feasible to teleport straight to outside of Edgeville standard bank Buy RS Gold which reduces right onto your pathway amount of time in half.