Friday, 14 October 2011

Hero Cilik : Kecil-kecil dah jadi model, tapi model tak berbayar la:)

hujung tahun lepas, time register Qistina and Irfan kat nursery diorang, cikgu diorang ada bagi pamphlet nursery tu. sekali tengok ada gambar Irfan, tak sangka pulak aku. dah jadi model dah hero mama ni. glamer gitu. terus tangan aku cepat jer snap gambar buat kenangan. ingat nak simpan gak pamphlet tu, tapi habis dah renyuk disusung ke sana ke mari. tak tau pergi mana dah. seb baik ada ambik gambar:)

Irfan yang pakai baju biru tu, tengah duduk kat tengah
time ni Irfan tak sampai setahun pun lagi

dah almost 2 years Qistina and Irfan kat nursery tu. Alhamdulillah, setakat ni aku puas hati dengan tempat tu. tapi next year Qistina dah 4 tahun, nak kena masuk kindergarten dah. nursery tu ada gak buat kindergarten, untuk budak 4 tahun ke atas, dia buat kat rumah lain, sebelah rumah yang sekarang jer. macam ok, tapi tak tau lagi macam mana. ingat nak carik kindergarten yang top sikit. kat sini, yang top2 semua Chinese based.  berlambak Chinese Kindergarten. ada D'Monte, Realkids, Melody, Topkids. semua tu yang memang top la. siap duit jer, sebab memang mahal compare to Malay punya. tapi cik abang kata tunggu setahun lagi, hantar ngan Irfan sekali.

so, rasanya next year, Qistina and Irfan akan still kat tempat yang sekarang ni. tahun ni, gambar anak sape pulak la kat pamphlet tu:)

9 comments:

amiey lee said...

alhamdulillah kan..kalau tempat ok kta pun senang hati

Kakzakie Purvit said...

Bila kita tempatkan anak di tempat yg memuaskan hati pergi kerja pun tak bimbang

Unknown said...

Alhamdulillah...

bila khidmat di beri memuaskan, senanglah hati nak tinggalkan anak2 di situ dan pergi kerja kan cik Jatt...

Cikrosecute said...

Okeylah...tempatnya selamat dan penjagaannya tidak cuai....Al-hamdulillah...

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah nursery yg bagus.. Nak anto anak ni ckup riso kan kalo deme tak betul jaganya.. ;D

LiLy @ MaMaQiStInA said...

comel jer dia..
Alhamdulillah..bila ditinggalkan d tmpt yg selamat..hati pun rasa senang jer nk tinggalkan diorgkan..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tetiba anak jadik model fofuler gituew ngeee....

Hana Soffelia said...

Comel je dia posing. hehe Kadang2 bmbngkan dgr mcm2 kes pasal nursery ni, tp alhamdulillah nursery Cik Jat pilih utk anak2 was ok.

Anonymous said...

comelnye die . baguslah ada nurseri y jaga btol2 , tak mcm kbnyakan y kita dgr :)