Monday, 18 July 2011

Dah beli baju raya?

selamat hari Isnin korang! kalau Isnin jer mesti liat nak g keja. ehh, ke hari2 liat. hehehe..

amacam weekend korang? aku weekend lepas, hari Sabtu, lepak kat rumah jer. hari Ahad tu, kuar jap pi Kamdar. cik abang ajak g beli baju raya Qis and Irfan, ngan baju cik abang sekali. aku pulak, dah beli 3 baju kurung hari tu, tapi rasa macam nak beli lagi. hehehe

excited giler aku raya tahun nih.

first, sebab last year kitorang raya kat hospital. sehari sebelum raya Qis admitted:( syahdu sungguhla time tu. malam raya, lepas bukak posa, kitorang mintak kat dokter nak balik kampung, seb baik rumah mak aku dekat ngan hospital tu. esoknya datang balik hospital. huhuhu...macam tula rutin dari first day raya sampai raya ke-lima. siang kat hospital, malam kat kampung. dugaan dugaan.

second, aku excited sebab this year, first time Irfan akan pakai baju melayu. mesti hensem. hehehe

so, semalam, baju Irfan dah dapat. baju kakak ngan cik abang je belum lagi. tak jumpa yang bersesuaian dengan taste aku yang agak cerewet nih. tema colour dirahsiakan:)

punyala mencabar nak beli baju kat Irfan. nak bagi try tak nak, asyik lawan tarik baju ngan si ayah. suruh try songkok, sampai ke sudah tak nak buka. pastu berlari ke sana sini. semput aku mengejar. siap posing depan mirror lagi ngan songkok baru dia. **so funny**

aksi lawan tarik baju antara Irfan n ayah. guess who win:)

punyala seksa nak suruh Irfan try baju melayu nih

habis serabut anak mama, walaupun tak berjaya try baju

songkok ni jela yang dia nak, sampaikan tak nak buang pulak

Qistina n Irfan posing depan mirror pulak:)

mama pulak la posing. aktiviti wajib dalam kereta ni. hehehe 

11 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said...

comel dia pakai songkok tu..

Ktorg belum buat persiapan apa2 lg...
tahun ni mcm x xcited koz x dpt blk KG..dpt raya bertiga jer..huhu.. sedih.. :(

Unknown said...

baru je smlm amik baju kt tailor..hikhik..mama dh siap semua, ank ngan papa 1 apa pon belum..mama hrus dlu..hahaha

tomei dia pakai songkok..pndai lah..

CIK JATT said...

thanks lily:)
kenapa tak balik kampung?

fiza
hahaha. harusss. mama nak vouge lebih sikit. hehehe
muat2 jer ngan Irfan songkok tu. dah selamat dalam almari mama dia dah

e.l.i.z.@ said...

wah harus excited ni.dh bermacam dugaan tahun lepas..keli bahagian pompuan je la dh setel..bju melayu geng lelaki belum carik lagi..mintak2 ada la yg sedondon ngan bju kami hihi

CIK JATT said...

tula eliza. muda-mudahan tahun ni semua berjalan seperti yang dirancang.
saya pulak terbalik, beli baju yang laki dulu. pas ni kena carik baju si kakak yang sedondon pulak

Shah Blogger Profile Test said...

eheeee dah beli baju raya. saya pakai baju2 lepas2 je :D sbb jrg pakai :)

CIK JATT said...

shah. guys memang macam tu kan. my hubby pun dah 6 tahun kut tak tukar baju raya. this year saya dah paksa tukar dah:)

Cute MuM said...

dah beli baju raya?
mesti diorang happykan..

CIK JATT said...

cute mum. si kakak belum lagi. tak jumpa yang sesuai dengan piawaian mama dia lagi. hehe

Syaheera Abd Wahab said...

Mamaaa? wah muda nyaaa! kagum! ;)

CIK JATT said...

syaheera. errkk..muda. no no no. akak dah tua sebenarnya....