Friday 22 March 2013

[Pregnancy] Bahaya Tak Minum Air Ais Sewaktu Hamil? Adakah ia yang Menjadi Punca Kaki Kejang atau Leg Cramp?


Semalam, bila saya sembang-sembang dengan beberapa orang rakan sekerja saya termasuk seorang rakan sekerja yang tengah mengandungkan anak pertamanya, keluarla cerita tentang mengandung dan bersalin ni. Saya ni memang seronok kalau bercerita perihal mengandung dan bersalin, kunun experience sangat la kan, padahal anak baru dua:) Kalau bercakap bab-bab kecantikan, diet, kesihatan, mengandung, bersalin, breastfeeding, dan apa-apa jer la yang seangkatan dengannya, saya memang on jer, sebab saya minat bab-bab ni.
me with my colleagues, gambar semalam:)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kawan A : "U ni kan Siti, anak dah dua pun maintain jerrr...."

Kawan B : "Siti tu, makan banyak, tapi dia pantang macam-macam. Air ais, air manis, air gas semua tak minum. minum air masak jer"

Kawan A : "I pun tak minum air ais semua tu. Tapi bila dah mengandung ni, hari-hari nak minum air ais"

Siti (Saya ler tu) : "Betul-betul. Bila mengandung memang akan jadi the other way round. Yang kita tak suka, bila time mengandung, tiba-tiba jadi suka pulak.Sekarang u dah berapa bulan eh. Kaki u cramp tak malam-malam"

Kawan A : "5 bulan dah. Kaki i selalu cramp sekarang, dalam pukul 4 pagi tu start la cramp. Punyala sakit"

Kawan B : "Bahaya la u selalu minum air ais. Sekarang pun dah cramp, nanti bila dah masuk 7-8 bulan tu, kaki u boleh jadi bengkak macam i dulu tau. Sekarang ni, bila u tidur, u kena lapik kaki dengan bantal bagi tinggi sikit"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, tula serba sikit perbualan saya dengan 2 orang rakan saya semalam perihal mengandung.

Memang ada orang cakap tak boleh minum air ais semasa hamil.
Ada kaitan ker cramp atau bengkak kaki dengan air ais?

Adakah Minum Air Ais Bahaya Ketika Hamil

Jom kita ikuti soal jawab yang saya petik dari majalah Pa Ma mengenai minum air ais semasa hamil.


Soalan:

"Kini saya hamil anak kedua. Sejak dari awal kehamilan saya sangat gemar minum air yang berais. Apakah ia boleh memberi kesan buruk kepada diri saya sendiri dan juga bayi dalam kandungan di kemudian hari"
Jaja, Bentong, Pahang 

Jawapan:

"Minuman berais sewaktu hamil tidak akan membahayakan ibu dan bayi. Memang benar, ramai wanita ditakutkan dengan mitos bahawa air sejuk dan berais akan menyebabkan bayi besar. Tetapi tumbesaran bayi tidak ada kena mengena dengan suhu air yang diminum oleh ibu. 
Jika kita minum minuman yang berais dan sejuk, maka badan kita pun menjadi lebih sejuk! Akibatnya, badan kita akan menggunakan lebih banyak kalori untuk menaikkan semula suhu badan kita ke paras normal. Ini bererti, peningkatan berat badan wanita tadi tidak banyak meningkat. Oleh itu, jika puan gemar minuman berais, jangan risau. Pastikan puan minum supaya tahap hidrasi sentiasa normal sepanjang kehamilan ini"

Kesimpulannya, takde bahaya apa pun. Jadi, siapa yang suka minum air ais tu, go ahead, tapi jangan la pulak sampai siang malam asik minum air ais je, sampai tak minum langsung air masak atau air suam.

Jadi, apa pula yang menyebabkan kaki kejang atau cramp yer?

Credit

Punca  Kejang Kaki Sewaktu Hamil


Mengapa saya mengalami kekejangan kaki pada waktu malam?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui.

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda.

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil:
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda. 
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda. 
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Apa yang Boleh Anda Lakukan Jika Mengalami Kejang Kaki

Saya dulu pun pernah mengalami kejang kaki semasa mengandungkan Qistina dan Irfan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika itu, sampai nangis-nangis:)


Jika anda mengalami masalah ini:
  • Anda harus segera meregang dengan meluruskan kaki anda. Bermula dengan tumit terdahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda.
  • Urut otot kaki yang kejang dengan minyak panas. Suruh la cik abang yang urutkan:)
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang
  • Berjalan untuk beberapa minit
  • Elakkan tidur pada satu posisi dalam keadaan yang lama. Cari postur yang selesa dengan anda, dan tinggikan kedudukan kaki dengan bantal
  • Ambil supplemen kalsium-magnesium terutamanya jika anda sukar untuk mendapatkan sekurang-kurangya 1000 mg kalsium sehari di dalam diet harian anda
Untuk supplemen kalsium-magnesium, cubalah Ostematrix dari Shaklee yang selamat dan terbukti berkesan.

Testimoni Ostematrix

Feedback yang kami terima dari salah seorang pengguna yang telah mencuba Ostematrix

"Cramp dekat betis dan perut hilang selepas 3 hari mengamalkan Ostematrix."


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.


 
***********************************************************

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi ini, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF khas untuk anda yang memilih Sweet Moms Vitamin Shop. :)

I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Siti Hajar Khalid (Cik Jatt)
ID No. 907609
♥ SMS/WhatsApp : 013-4894037
♥ Follow us on Instagram : @cikjatt

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

good sharing!

~kokocincau~ said...

betul apa yang ditulis dalam Pa&Ma tu... akak dan ais mmg tak boleh dipisahkan, walaupun dalam pantang ;)

Mohd Khairul Mohd said...

Terima kasih atas perkongsian..memang betul ostematrix dapat mengatasi masalah kaki cramp..jemput ke blog saya untuk berkongsi kisah penyusuan dan kesihatan